Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang
Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang | |
---|---|
Lokasi | |
Kg. Bukit Changgang,Banting, Kuala Langat, BANTING, Selangor Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 331491141 |
Kod sekolah | BBA1007 |
Faks | 331491141 |
Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang atau nama ringkasnya SK BC, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kg. Bukit Changgang,Banting, Kuala Langat.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang memiliki 502 pelajar lelaki dan 486 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 988 orang. Ia mempunyai seramai 58 orang guru.2009
Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang memiliki keluasan 6.75 ekar. Ia terletak di tepi persimpangan jalan yang menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor, iaitu kira-kira 6 kilometer dari sekolah ini.
Sekolah ini terletak 8 km dari pekan yang terdekat, ialah Pekan Dengkil, Sepang dan 16 km dari Pekan Banting, Kuala Langat, Selangor.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang pada asalnya merupakan sebuah pondok yang diwujudkan pada tahun 1947 atas kesedaran penduduk kampung tentang pentingnya pendidikan formal.
Pondok kecil itu dikenali sebagai Sekolah Rakyat Kubang Beras. Pada tahun 1950an ia dikenali sebagai Sekolah Umum Bukit Changgang.
Pada tahun 1960 telah dibina bangunan separuh batu dan nama sekolah turut ditukar menjadi Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang sehinggalah ke hari ini.
Pada 27.09.1968, bangunan sekolah telah dirasmikan oleh Encik Khir Bin Johari Menteri Pelajaran ketika itu.[1]
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang
- Kg. Bukit Changgang, Banting, Kuala Langat
- Selangor, Malaysia
- Telefon = 331491141
- Fax = 331491141